5 TIPS PILIH KABINET DAPUR SUPAYA TAHAN LAMA
1.Kenali material kabinet dapur yang ada di pasaran
Tahukah anda pentingnya untuk anda mengenali jenis material kabinet dapur sebelum anda pasang? Kami yakin, ramai suri rumah atau bakal penghuni rumah baru sudah pun mempunyai gambaran bagaimana reka bentuk dapur idaman mereka sebelum seorang tukang kabinet datang tunjukkan design pada mereka. Betul? Tapi, bagaimana pula dengan jenis material kabinet dapur? Ramai ke yang tahu material apa yang mereka mahukan untuk dapur mereka?
Antara material yang biasa menjadi pilihan ramai ialah melamine ABS, UV GLOSS, ACRYLIC, 3G GLASS, 4G GLASS, solid Nyatuh dan juga aluminium. Semua material ini ada kelebihan masing-masing. Pilih lah mengikut kesesuaian tempat, keadaan, minat dan juga bajet.
MELAMINE / ABS MELAMINE
- Melamine adalah sejenis bahan yang digabungkan dengan formaldehyde untuk menghasilkan resin melamine iaitu sejenis plastik yang tidak boleh diubah dan tahan lama.
- Ianya banyak digunakan dalam lapisan perhiasan tekanan tinggi seperti formica,peralatan makanan melamine, laminate flooring dan juga papan hitam.
- Permukaan melamine tahan kepada air dan susah untuk calar.
- Oleh itu,permukaan kabinet senang untuk dicuci jika terdapat tumpahan atau sisa makanan padanya.
- Bagi produk kubiq, kemasan melamine ini lebih kepada corak bertemakan alur kayu.
- Permukaan kayu disalut dengan menggunakan cat uv untuk melindungi permukaan bahan.
- Setelah dicat dengan cat uv, ianya akan dipangil sebagai uv board.
- Kelebihan uv gloss adalah,ia mempunyai pelbagai pilihan warna.
- Bahkan, permukaan uv gloss tahan kelembapan dan juga air.
- Uv gloss merupakan bahan yang tidak bertoksik dan juga tidak berubah.
- Sangat sesuai untuk dipakai sebagai barang perhiasan atau perabot dalaman.
- Namun begitu, kekuatan permukaan uv gloss tidak setanding dengan acrylic yang mana lebih senang calar.
- Acrylic merupakan ‘ transparent thermoplastic’ / thermoplastik lut sinar dengan kekuatan yang luar biasa.
- Bahkan, bahan ini juga mempamerkan sifatnya yang menyerupai kaca.
- Permukaan acrylic kelihatan lebih menarik disamping mempunyai pelbagai pilihan warna dan juga corak.
- Oleh kerana sifatnya yang kuat, bahagian permukaan tidak mudah mengalami kerosakan ataupun tidak mudah calar.
- Bahkan ianya senang dicuci apabila terdapat sisa tumpahan makanan seperti minyak dan lain-lain.
- Warna tidak akan tukar kekuningan selepas beberapa tahun kecuali warna putih kerana ia mengikut persekitaran.
- 3g glass door adalah bahan kaca yang disembur kemudian disokong dengan papan dibahagian belakang. Ini akan menyebabkan pintu lebih lasak dan bebannya berat berbanding pintu acrylic.
- Pemukaan lebih berkilat berbanding acrylic kerana diperbuat daripada kaca.
- Ianya datang sekali dengan frame aluminium dan juga built in handle .
- Tidak mudah calar.
- 4g glass door adalah pintu 3g yang ditambah baik.
- Aluminium frame tersorok dan bahagian belakangnya disokong dengan aluminium frame dan kaca (bukan kayu).
- Memberikan efek cermin yang lebih.
- Datang dalam pelbagai warna dan tidak mudah calar.
- Harga lebih mahal dari acrylic.
2. Ketahui kebaikan dan keburukan setiap material
Antara beberapa perkara yang anda perlu titik beratkan ialah :
- Ketahanan kabinet dapur untuk jangka masa panjang.
- Kekukuhan kabinet dapur mengikut penggunaan.
- Ketahanan material terhadap kelembapan atau kalis air.
- Ketahanan dari serangga perosak.
3. Pastikan memilih kontraktor yang bertauliah dan berdaftar
Tips ini merupakan salah satu tips yang penting sebelum memilih kontraktor yang akan renovasi rumah anda. Jika anda tersalah pilih, berkemungkinan anda akan mengalami kerugian yang besar. Oleh itu, sebelum buat keputusan, anda perlu selidik latar belakang kontraktor dan syarikat mereka di laman web CIDB dengan 3 langkah berikut:
Step 1 : Klik link berikut https://bit.ly/2YQsti9
Step 2 : Isikan maklumat berkaitan kontraktor anda seperti nama, lokasi, kategori dan sebagainya
Step 3 : Klik butang ‘carian’
4. Dapatkan kesahihan info di google daripada pakar
Bagaimana ingin tahu info di Google sahih atau tidak? Mudah sahaja, boleh mulakan carian di google sebelum berjumpa dengan pakar. Kemudian kumpulkan maklumat tersebut, dan tanya pada pakar hiasan dalaman satu per satu. Dan jangan lupa minta contoh setiap satu dan catatkan info tersebut bagi tujuan akan datang.
5.Pilih warna kabinet yang sesuai dengan konsep rumah
Selain daripada kenali material, pilih kontraktor dan lain-lain, pemilihan warna kabinet juga amat penting supaya match dengan konsep rumah. Dan sekiranya ianya pudar, sudah tentu ‘seri’ dapur itu menjadi kurang. Maka terpaksa lah melabur lebih untuk melakukan pewarnaan semula bagi mengembalikan seri dapur. Bukan orang sahaja tau yang ada seri. Oleh itu, pastikan anda memilih warna dan material yang akan kekal cantik dan evergreen walaupun sudah makan tahun.
Selain daripada material pintu dan carcase kabinet dapur, antara komponen yang paling penting bagi sesebuah kabinet dapur adalah pemilihan kaunter top atau lebih dikenali sebagai table top yang juga mempunyai beberapa jenis material yang di tawarkan di pasaran. Antaranya solid surface, quartz stone, granite dan marble. Kesemua bahan ni mempunyai ketahanan berbeza yang sesuai yang dengan harganya di pasaran. Nak lagi mudah sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kabinet dapur, hubungi kami segera. Kami menyediakan khidmat konsultasi atas talian secara percuma bagi membantu anda membuat pilihan yang lebih bijak. Bincang dengan konsultan kami dan ciptalah dapur yang anda selalu inginkan.
No comments:
Post a Comment