Kenapa memasang siling (atau siling plaster) buatan?
Sebab utama dalam pemasangan siling buatan adalah untuk menutupi sesuatu ruangan.
Dalam kebanyakan unit, pendawaian elektrik dan sistem perpaipan kebiasaannya dibina di dalam lantai asas konkrit dan juga di dalam dinding.
Jika ada memasang pendingin hawa, banyak pita yang perlu di digunakan di atas siling anda. Lebih banyak titik pencahayaan yang ada, maka lebih banyak jugalah pita yang perlu digunakan.
Akhirnya, apabila anda hendak memasang kipas siling, ianya harus digantungkan pada lapisan asas konkrit.
Ini membuatkan siling kelihatan semak dan penuh dengan wayar-wayar elektrik untuk kipas, lampu, pita untuk pendingin hawa dan juga sistem perpaipan.
Maka, siling buatan digunakan untuk menyembunyikan semua wayar-wayar tersebut.
Tetapi, siling buatan juga berfungsi lebih dari menyembunyikan wayar-wayar elektrik. Ianya juga digunakan untuk mencantikkan lagi hiasan dalaman bagi sesebuah ruangan.
Selain daripada menyembunyikan wayar-wayar yang terdepat pada siling, siling plaster juga adalah salah satu konsep reka bentuk dalaman kediaman. Dengan menggunakan bentuk-bentuk yang pelbagai, pereka bentuk atau kontraktor anda dapat menghasilkan kesan-kesan pencahayaan yang berbeza untuk menambah kesan visual untuk bilik anda.
Contohnya, anda dapat menambah kotak berbentuk L di sepanjang dinding bilik anda. Bagi setiap kotak berbentuk L ini, anda dapat menambah ruangan tersembunyi bagi membolehkan anda memasang lampu LED, ataupun lampu jenis cove. Lampu jenis cove memancarkan cahaya terus kepada siling lalu dipantulkan kembali ke bawah, memberikan kesan pencahayaan tanpa silau.
Anda juga boleh memasang siling buatan di tengah-tengah ruangan atau bilik, dan menaikkan siling buatan ini ke arah setiap penjuru dan sudut sebelum memasang lampu-lampu sebagai pelmet bagi pintu atau tingkap.
Pereka bentuk juga boleh bereksperimentasi dengan gabungan-gabungan dan lapisan-lapisan. Contohnya, kotak berbentuk L buatan boleh juga diubah suai mengikut kesesuaian agar menjadi kubah berbentuk rata, untuk digunakan sebagai unsur hiasan. Contoh lain juga boleh diubahsuaikan sekali dengan lampu-lampu LED untuk menghasilkan kesan seakan-akan langit malam yang berbintang.
Pemilik kediaman juga boleh menambah beberapa pilihan tambahan untuk unsur-unsur hiasan yang lain, seperti kornis jenis plaster atau kayu pada sudut-sudut siling, atau juga di tengah-tengah lampu jenis candeliar.
Sesetengah pereka bentuk juga menggunakan kotak berbentuk L untuk menutupi ruangan yang terdapat di antara kabinet dan juga siling.
No comments:
Post a Comment