011 - 6535 7033 / 018 - 466 7033

Tips Memilih Jubin

Jubin digunakan untuk melindungi lantai atau dinding di kebanyakan rumah di Malaysia, biasanya digunakan di bilik mandi dan dapur.


Dan untuk sebab yang baik juga. Jubin bersifat kalis air apabila direkatkan dengan betul. Ia juga bertahan lama, dan membolehkan anda mencipta rekaan di rumah anda tanpa had. Ada bermacam-macam warna, tekstur dan saiz jubin lantai untuk dipilih, termasuk cara susunan mozek yang boleh dilakukan oleh anda.

Namun begitu, kepelbagaiannya juga menjadikan anda sukar untuk memilih jubin lantai yang sesuai untuk rumah anda. Selepas anda memilih reka bentuknya, anda juga akan mengalami masalah jika anda mengupah kontraktor yang tidak berpengalaman untuk memasangnya.

Jenis - Jenis Jubin




Terdapat tiga jenis jubin lantai – seramik, porselin, dan jubin homogen. Seramik dan porselin digunakan dalam pengubahsuaian kediaman, sementara jubin homogen digunakan dalam ruang komersil.

Jubin seramik terbentuk daripada tanah liat semulajadi, pasir dan air. Bahan-bahan ini diacu untuk membentuk segi empat atau segi empat tepat  sebelum dibakar di dalam tanur bagi membuang hampir semua kelembapannya.

Jubin seramik sebahagian besarnya digunakan untuk bilik seperti ruang tamu dan bilik tidur. Direka untuk digunakan di dalam, jubin seramik juga sesuai dipasang sebagai jubin dinding kerana keringanannya. Ia lebin ringan serta boleh didapati dalam kemasan kilat dan pusam. Ia juga dianggap sebagai jubin paling asas dan paling murah di antara ketiga-tiganya.

Menurut Pengarah Urusan Citicon Ceramic, Joe Chew, “Jubin yang lebih ringan lebih digemari untuk dinding bagi mengurangkan risiko tertanggal. Semakin kecil jubin, semakin bagus ia melekat”.

Jubin porselin juga diperbuat daripada tanah liat, pasir dan air. Walau bagaimanapun, kepadatan tanah liat yang digunakan dalam jubin porselin adalah lebih tinggi berbanding  yang digunakan untuk seramik.

Jubin porselin dibakar pada suhu yang sangat tinggi untuk jangka masa panjang supaya hampir semua kelembapannya dibuang. Tanah liat yang lebih padat dan masa mengering yang lebih lama menjadikan jubin porselin semakin kuat dan tahan berbanding seramik.

Jubin porselin boleh didapati dalam pelbagai warna, reka bentuk dan permukaan. Ia bukan sahaja datang dalam permukaan berkilat dan pusam, ia juga memiliki penampilan unik seperti permukaan bergula di mana ia boleh memantulkan cahaya yang menyinarinya.

Jubin porselin amat serba guna kerana ia boleh bertahan daripada jumlah pergerakan kaki yang banyak serta lebih tahan haus dan lusuh. Ini menjadikan ia sesuai untuk dipasang sama ada di dalam atau pun di luar rumah selain penggunaan tugas komersil yang ringan mahu pun yang sederhana. Jubin porselin biasanya ditemui di bilik mandi, dapur, anjung dan balkoni.

Jubin homogen turut dikenali sebagai jubin tugas berat, dan kebanyakannya digunakan dalam penggunaan komersil untuk tempat-tempat seperti pusat membeli-belah, lapangan terbang dan hospital, di mana terdapat banyak pergerakan kaki.

Sebagaimana namanya, jubin ini tidak mempunyai tekstur yang banyak hiasan atau reka bentuk dan kebanyakannya datang dalam satu warna. Ia lebih kuat dan lebih tahan lama, ia juga lebih mahal berbanding jubin porselin.

Menurut Pengarah Urusan Citicon Ceramic, Joe Chew, “Jubin yang lebih ringan lebih digemari untuk dinding bagi mengurangkan risiko tertanggal. Semakin kecil jubin, semakin bagus ia melekat”.

Jenama jubin yang popular boleh ditemui di Malaysia ialah WhiteHorseGuoceraKimgresAlphaVenusMMLNiroJohnson, dan Feruni.

Faktor-Faktor Jubin Lantai Sangat Popular Di Malaysia

Ketahanan: Jubin dikenali kerana sifatnya yang kukuh dan tahan lama. Apabila ia dijaga dan dipasang dengan betul, jubin boleh bertahan untuk jangka masa panjang tanpa sebarang perubahan pada warna atau bentuknya.

Penyelenggaraan: Salah satu poin jualan terbesar jubin adalah penyelenggaraannya yang rendah. Ia bukan sahaja memerlukan penyelenggaraan yang amat sedikit, malah jubin lantai juga tahan haba, air, tumpahan dan kesan kotoran. Biasanya, sabun dan air pun sudah cukup untuk membersihkan lantai berjubin anda. Jika salah satu jubin anda sumbing atau retak, jubin itu boleh diganti.

Emisi: Jika anda bimbang mengenai tekanan terhadap bahan kimia berbahaya, jubin mengeluarkan hanya sedikit atau tiada sebatian organik mudah meruap (VOCs) yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Ini kerana semua jubin dibakar di dalam tanur bersuhu tinggi, yang mana telah membuang kebanyakan VOCs yang ada bersama-samanya.

Tahan Api: Tidak seperti lantai kayu, laminat atau vinil, jubin dibakar di dalam tanur pada suhu yang tinggi. Ini mencipta sebuah produk yang tidak mudah terbakar sejurus ia dipasang.

Reka bentuk: Sebab terpenting dalam memilih jubin adalah terletak pada kepelbagaian reka bentuknya. Pemilik kediaman yang lebih menyukai lantai pusam yang bersih boleh memilih bidur jubin yang besar dalam nada kelabu.


Oleh kerana jubin adalah sangat tahan lama dan kalis air, ia paling bagus berada dalam bilik mandi. Lantai dan dinding di sekeliling pancuran dan kawasan tab mandi merupakan kawasan terbaik untuk penggunaan jubin.

No comments:

Post a Comment