011 - 6535 7033 / 018 - 466 7033

Renovation

Jadikan Rumah Idaman Anda Yang Cantik

Siapa yang taknak rumah cantik, setiap orang nak rumah yang diidamkan. Setiap kali ada orang post berkenaan interior rumah, renovate rumah, ubahsuai jadi rumah idaman, kita pun teringin jugakan.

Terdapat beberapa sebab utama kenapa anda perlu renovate rumah anda. Jikalau anda ada simptom - simptom di bawah confirm anda kena renovate rumah anda.

1. Rumah baru terlalu banyak defect (kerosakkan), sampai anda pun menyampah nak panggil pemaju repair defect tersebut. Mungkin dah banyak kali buat pun masih sama. Sebab memang rata-rata pemaju menggunakan material murah. So, bila material murah atau jimat sangat, tu yang bila siap pun tak serupa bikin.

2. Rasa sempit atau tak selesa dengan ruang sedia ada. Macam mana nak tahu sempit ke tak? Anda boleh tengok anak anda tidur pada waktu malam. Kalau bersepah-sepah kat ruang tamu, maknanya rumah anda sangat sempit.

3. Planning masa depan. Kalau tak ada planning, anda kena mula sekarang. Tanya soalan-soalan spt ni pada diri anda. Apa lagi ruang yang anda perlukan? Berapa ramai anak anda akan ada? Bila tetamu datang nak duduk mana? Nak solat berjemaah kat mana? Kat mana ruang anda untuk buat kerja? dll..

4. Rumah dah terlalu uzur. Banyak rosak sana sini dan nampak usang. So, alang-alang nak repair, renovatelah sekali (sambil menyelam, minum air). Lebih jimat kos dan masa. Tak ada lah ‘double handling’.

5. Tak selesa dengan ruang rumah sedia ada. Design pemaju tak ikut citarasa/kehendak anda (mungkin terlalu sempit atau ruang asal tak cukup). Bila hujan, rumah jadi basah dan licin. Atau, bila panas rumah jadi bahang semacam. Bila masak bau merebak satu rumah. Mesti anda rasa stresskan? Jadi keselesaan rumah ni penting untuk anda relax dan chill-chiil selepas penat seharian bekerja.

6. Kecantikan. Bila dah selesa, bagi saya kita perlukan kecantikan pula. Sebab bagi saya dua perkara ni berkait dan bila dua perkara ni bergabung saya jamin anda akan rasa puas. Kecantikan itu tak perlu banyak mungkin sekadar warna cat baru, decoration yang baru, mungkin dengan tambah bunga sikit atau langsir yang baru (ada modal lebih, buatlah satu taman mini siap ada air terjun mini).

Semoga dengan sedikit info ni dapat bantu anda menyelesaikan masalah yg merunsingkan kepala anda. Kalau saya ada tersalah, saya minta maaf. Semoga Allah yang maha Pengampun dapat memaafkan kekurangan saya. Aamin....


No comments:

Post a Comment